Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Limbang,Sarawak

Perayaan Hari Guru peringkat negeri Sarawak kali ini telah di adakan di Limbang Sarawak, 23-25hb May 2011 di mana sambutan kali ini bertemakan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" .Sambutan kali ini agak berbeza dan memberansangkan kerana selama 3 hari sambutan hari guru di venue yang berlainan telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.
Gambar di sebelah adalah gambar Y.B Datin Hajah Fatimah Abdullah yang sedang melakukan perasmian gimik pelancaran Hari guru dan turut diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, En. Abdillah b. Adam(di sebelah Kanan).

Karnival Seni Budaya




Karnival Seni Budaya peringkat daerah Lawas anjuran zon D telah di adakan pada 25 April di dewan serbaguna masyarakat Kpg Sundar telah menyaksikan pertandingan tarian diantara beberapa buah sekolah rendah. Juara pada pertandingan tersebut adalah dari Sk Sundar, diikuti Sk Ulu Merapok Naib Johan dan ditempat ketiga, Sk Siang-siang. Sungguh lincah adik-adik ini menari dan berbaloi jua lah persiapan dan latihan yang telah dilakukan oleh yang menang. Penonton dari warga kampung juga turut memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut.