Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di PPD Lawas

26 September 2011, Masih belum terlambat lagi bagi pihak PPD Lawas untuk mengadakan 'open house ' Aidilfitri bagi kaki tangannya. Juadah-juadah yang dihidangkan telah dibawa atau dimasak sendiri oleh kakitangan PPD Lawas. Kelihatan mereka baru sahaja ingin menjamu selera setelah mendengar ucapan alu-aluan daripada PPD.Semoga tahun depan akan diadakan lebih banyak lagi majlis seperti ini.

Kem Pemantapan Akidah Peringkat Daerah Lawas

13-14 September 2011, Kem Pemantapan Aqidah Peringkat Daerah Lawas bagi sekolah menengah telah dijalankan di SMK Merapok. Antara aktivi yang telah diterapkan seperti Xplorace, Ceramah berkenaan Aqidah, Solat tahajud, Malam Penghayatan dan lain-lain. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Lawas, En. Matzinan bin Haji Wahit .
Gambar di sebelah merupakan acara penutup dimana pelajar bersalaman dengan fasilitator dan semua AJK yang terlibat.