Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Rombongan PPD Ranau Ke Ba'Kelalan

27/11/2011 - Sungguh Hijau dan indah pemandangan di SK Ba'Kelalan.Ini adalah salah satu gambar yang sempat diambil semasa mengiri romb
ongan PPD Ranau ke SK Ba' Kelalan untuk lawatan kerja. Perjalanan Mengambil masa kira-kira 4 jam.







Gambar di sebelah adalah gambar Penolong PPD Lawas, Haji Adnan.Pergh, Power :D










Ini adalah salah satu tarian yang dipersembahkan oleh suku kaum lun bawang di Ba'Kelalan :D

Kem Kejurulatihan dan Perkhemahan Luar Sekolah Rendah Rendah 2011

8-11/11/2011 -Kem Kejurulatihan dan Perkhemahan Luar Sekolah Rendah Rendah 2011 bagi Bahagian Limbang telah diadakan di kem Purusia Lawas. Berikut adalah salah satu aktiviti dalam Perkhemahan Luar Murid sekolah rendah.Aktiviti sebelah dipanggil "Flying Fox" selain itu pelbagai lagi aktiviti yang lebih menarik dan mencabar telah dilakukan sepanjang perkhemahan,

Lawatan Pengarah Ke PPD Lawas

24/10 /2011- Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak telah membuat lawatan kerja ke PPD Lawas dan seterusnya memberi taklimat pada sebelah petangnya kepada ketua Unit/Ketua Guru besar di PKG Lawas, Gambar berikut sempat diambil sebagai tanda kenang-kenangan. Untuk maklumat lanjut mengenai gambar tersebut. Tuan/Puan yang berminat boleh membuat "request" di PKG Lawas.
Tel : 085-283979

Kadet Remaja Sekolah

2 Disember 2011 (Jumaat)- Majlis Pentauliahan Komandan KRS/ TKRS Sekolah (Pengetua/Guru Besar) Pejabat Pelajaran Daerah Lawas di Hotel Seri Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Tuan Abdillah bin Adam.

1 Murid 1 Sukan

21/10/2011 Kem 1 Murid 1 Sukan sekolah menengah dan sekolah rendah daerah yang telah di adakan di SK Agama MIS Lawas.Gambar di sebelah di ambil semasa aktiviti perkenalan antara kumpulan, dan pada awal aktiviti di dewan SK Agama (MIS) Lawas

Kursus GB bersama IAB di Hotel Seri Malaysia

Pada 26/10/2011 , Guru-guru besar sekolah rendah daerah Lawas telah mengikuti seminar bersama penceramah IAB (Institut Aminudin Bakti) di Hotel Seri Malaysia Lawas. Gambar Sebelah ialah salah satu gambar yang telah diambil.
Ditengah-tengah Haji Adnan, Dato Shahri, Dr.Abg Hud, Cikgu Iman .