Laporan Pengujian Status Internet

Untuk makluman semua pihak sekolah, anda diminta untuk membuat ujian laporan speedtest pada setiap bulan. Untuk menghantar laporan, sila pergi ke ruangan E-Aplikasi dan klik pada Status Pengujian Internet

Buat Pinjaman Secara Online!!

Ingin membuat pinjaman peralatan PKG? Anda tidak perlu menunggu lagi dan lebih mudah sekiranya anda membuat permohonan secara atas talian kerana kami akan diberitahu secara terus melalui emel kami.

Karnival Budaya Sekolah Rendah

Persembahan tarian kebudayaan sempena Karnival Budaya Sekolah Rendah Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Sundar.

Semak Status Tempahan Bilik PKG disini.

Tuan dan Puan kini boleh menyemak status penggunaan dan tempahan bilik PKG secara online melalui portal kami.Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada anda bagi menjimatkan masa dan mempunyai ciri yang lebih efektif.Selain itu,anda boleh menempah terus sama ada melalui portal kami atau melalui panggilan telefon.

Selamat Datang ke Portal Rasmi PKG Lawas

Selamat datang ke web portal pkg lawas, untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat pengisian data online anda boleh berhubung terus kepada kami melalui talian : 085-283979 Emel :pkg_lawas@moe.gov.my

Kursus Pemantapan Teknikal & Kemahiran FT Sekolah

18-19 April 2012 (Rabu & Khamis) Seperti mana yang dikendaki oleh pihak BTP, kursus pemantapan teknikal untuk FT PKG Sarawak telah dijalankan pada (12-13 April) di BTPN Sarawak.Kursus untuk FT sekolah perlu dijalankan oleh pihak PKG dan modul taklimat/kursus juga sama. Bagi PKG Lawas, kami telah menjemput beberapa FT sekolah untuk menghadiri kursus tersebut. Walaupun bilangan FT di kawasan Lawas adalah kurang, namun kerjasama yang telah diberikan amatlah menggalakkan.Diharap lebih banyak kursus seperti ini akan dijalankan pada masa akan datang sebagai satu "platform" untuk perkongsian ilmu ICT antara semua juruteknik.













































































































































Majlis Tilawah Al- Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Daerah Lawas














Majlis Tilawah Al- Quran sekolah sekolah peringkat daerah lawas telah dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu (30-31 /Mac 2012) . Penyertaan amatlah menggalakkan daripada sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar daerah Lawas. Selain daripada tadarus al-quran, pelbagai aktiviti keagamaan yang lain turut menyemarakkan lagi majlis tersebut seperti pertandingan hafazan, kompang selawat,nyanyian nasyid dan bercerita.